Tuning Gitar
Paling asas! Tanpa melaras pic tali dengan 'tune' yang betul, susunan key di fret (papan gitar) akan berterabur dan bunyi yang keluar akan 'clashing' dan 'sumbang'. Ramai yang mengabaikan 'tuning' semasa mula-mula belajar bermain gitar, dan akhirnya berhenti bermain kerana bosan dengan bunyi sumbang yang dimainkan padahal pegang kordnya sudah betul, kedudukan not sudah tepat, tapi tunenya salah. Latihan pendengaran adalah penting. Anda juga boleh mencuba mengingat bunyi tuning dengan pic yang betul, secara tak langsung, lama-kelamaan anda boleh melakukan tuning tanpa menggunakan tuner elektronik ataupun piano sebagai panduan.
Standard Tuning
Tuning yang sering digunakan sebagai standard bagi pembelajaran gitar secara formal atau tidak ialah tuning "E-A-D-G-B-e'". Mengapa not 'e' yang terakhir ditulis dengan huruf kecil? 'e' kecil itu mewakili pic 'e' yang tinggi ataupun tali yang halus.
Rajah papan fret : Tuning
Alternative Tuning dan Drop tuning
Alternative tuning adalah definisi kepada tuning yang lain daripada standard tuning. Contohnya band Guns and Roses, yang menggunakan tuning half-step down (turun satu semi-ton), D#-G#-C#-F#-B#-d#, mungkin untuk menyesuaikan key lagu dengan penyanyinya.
Drop tuning sering digunakan oleh band-band metal dan rock untuk menghasilkan riff yang mantap dengan 'pattern' not-not yang di susun lebih mudah. Tuning 'Drop D' sering digunakan iaitu dengan merendahkan tuning tali E rendah (tebal) kepada not D.
Saiz Tali (String Gauges)
Saiz tali memainkan peranan untuk mendapatkan tune yang tepat dengan tone yang sedap. Pemain gitar dengan dropped tune wajar menggunakan tali dengan saiz yang besar untuk bunyi yang lebih sesuai. Jika terus menggunakan tali nipis, bunyinya agak 'sitarish' kerana tekanan pada tali terlalu longgar.
Cara-Cara Tune Gitar
Pertama, anda boleh cuba menggunakan piano atau kibod (jika ada) dengan melaraskan bunyi mengikut nada yang betul. Kedua anda boleh menggunakan aplikasi di telefon pintar anda.(Ya! Teknologi amat membantu, tapi ia juga membuat kita semakin lemah jika bergantung dengannya.)
Ketiga, anda boleh menggunakan tuner elektronik yang boleh dibeli di kedai-kedai alatan muzik dengan harga yang berpatutan, (Saya tak cakap murah, kerana kualiti datang dengan harga yang berpatutan.)
Contoh Tuner Elektronik