Tuesday, 4 April 2017

Basic : Penjagaan Gitar / Alat muzik

Penjagaan Tali

Tali gitar yang berjenama sudah tentu mahal, takkan nak tukar selalu macam tukar boxer? Jadi ini tips yang anda boleh aplikasikan:

  • Sentiasa lap dan keringkan tali selepas bermain, supaya ianya tidak akan berkarat selepas terkena peluh. Ambil kain yang mudah menyerap dan kurang habuk dan lap setiap tali.
  • Anda pasti perasan yang kualiti bunyi tali anda tidak sebagus mula membeli, jadi anda boleh membeli cecair pencuci tali untuk membersihkan daki-daki dan 'grime' dan minyak penjagaan tali untuk melindunginya dari karat. Penulis sarankan jenama Dunlop sebagai kegemaran peribadi penulis.

  • Sentiasa minyakkan 'tuning machine' jika anda menukar tali baru, ini melindung tuning machine dari tersekat-sekat dan ketat untuk dipulas dan dilaras. Minyak yang sesuai ialah minyak mesin jahit atau 'Singer Oil' (multipurpose oil). Titikkan amaun yang sesuai dan lap lebihan minyak. Jangan biarkan minyak berbekas kerana ia akan menarik habuk lebih banyak.


Penjagaan Umum

Untuk pemain baru yang masih tertanya-tanya bagaimana untuk menjaga gitar dan meningkatkan jangka hayatnya, kerana tanpa cara penyimpanan yang betul, gitar akan rosak dek pelbagai faktor. Jangka hayat gitar yang berkualiti dan berjenama adalah lebih daripada 100 tahun jika dijaga dengan penuh teliti.

  1. Cuaca dan suhu persekitaran mempengaruhi keadaan gitar anda secara tidak lansung. Ini kerana gitar itu sendiri diperbuat daripada kayu dan mempunyai pelbagai bahagian besi dan elektronik. Elakkan gitar anda atau apa-apa alat muzik terdedah kepada sinaran matahari secara berterusan dan suhu yang tinggi untuk mengelakkan leher gitar membengkok. Cuaca sejuk dan lembab mendorong kepada karatnya tali dan ketegangan melampau sampai merosakkan bridge.
  2. Sentiasa longgarkan tali, jika tidak memainkan gitar dalam jangka masa yang lama.
  3. Beli beg gitar atau gig-bag supaya gitar anda tersimpan rapi untuk memudahkan pergerakan bersama alat muzik. Anda jugak boleh gunakan hardcase seperti berikut tetapi harganya agak mahal. (Kalau sayang gitar, duit jangan sayang!) Kalau pakai gitar jenama kapok je, takyah mengada pakai hardcase. 
  4. Gunakan Stand atau Penyangkut dinding jika anda kerap memainkan gitar anda tidak tentu masa dan letakkan di kawasan yang selamat dan jauh dari laluan agar tiada orang langgar dan jatuh.

Akhir kata, sayangilah instrumen muzik anda, biarlah habis beratus-beratus ringgit untuk penjagaan daripada rosak supaya alat muzik anda boleh diwarisi dengan sempurna. 


Majulah Muzik Untuk Negara

No comments:

Post a Comment

Pernah ada - Heisy (ending part)

sekadar mengenang dahulu, yang sekarang tidak. demo cakar ayam versi penuh boleh dimuat turun atau stream dari google drive. ...