- Gitar Akustik
- Gitar Elektrik
- Gitar Klasikal
Gitar Akustik
Gitar jenis ini amat popular kerana mudah didapati di mana-mana kedai alat muzik malahan kedai alat tulis juga ada menjual gitar sebegini. Kualiti gitar selalunya seiring dengan harganya, lebih berkualiti gitar tersebut, lebih mahal harganya. Antara jenama yang berkualiti tinggi ialah Taylor, Gibson, Yamaha dan Fender. Jenama yang berkualiti sederhana seperti Maxtone juga disarankan kepada sesiapa yang baru ingin belajar bermain gitar. Terdapat juga yang berkualiti rendah boleh didapati dengan harga RM80, mungkin diperbuat daripada kayu papan lapis yang rapuh. Kualiti dan jenis kayu memainkan peranan penting dalam penghasilan ton bunyi yang berkualiti, terang dan jelas.
Akan ada ulasan tentang jenis kayu suatu hari nanti.
Gitar Elektrik
Dicipta pada tahun 1930-an, atas sebab mahu bunyi gitar lebih kuat kerana gitar akustik jika bermain bersama band atau orkes, selalunya bunyinya akan tenggelam. Gitar elektrik memerlukan amplifier untuk mengalirkan bunyi yang terhasil dari getaran tali melalui 'pick-up' yang terdiri dari binaan 'coil' kuprum yang bertindak seperti mikrofon menangkap getaran tersebut dan menghantar signal elektrik kepada amplifier sebelum signal itu ditukarkan kembali kepada signal bunyi yang akan keluar dari speaker / cabinet speaker.
Gitar Klasikal
Gitar klasikal sudah wujud sekian lama dan ada yang mengatakan ianya berasal dari alat muzik arab iaitu Oud atau Gambus. Gitar klasikal mempunyai tali nilon tidak seperti gitar elektrik dan akustik. Bunyinya lebih 'mellow' dan lembut berbanding gitar akustik yang mempunyai ton yang cerah dan kasar dengan tali alloy. Gitar ini sering dimainkan dengan teknik 'fingerplucking'. Terdapat juga gitar sepanyol yang dimainkan dengan cara 'flamenco'.
No comments:
Post a Comment